Saturday, May 14, 2011

Rumah baru...

Semalam pergi baca Yassin rumah jiran... lepas 5 tahun dok rumah aku, barulah aku kenal salah seorang yang duduk selorong ngan aku.... hehehe... dasatkan. Inilah gara2 sibuk pi kerja, dan balik kerja je.... Mula-mula rasa macam tak nak ganggu hal orang, rupanya langsung tak berjiran ngan orang.... bukan aku je.... diaorang pun camtu gak.... so, sejak ada kempen baca Yassin tiap-tiap Jumaat di rumah jiran-jiran ni, bagus le jugak... boleh le kenal jiran-jiran....
So, aku berkenalan le dengan Fisyah.... Jiran rumah aku yang pakai Alphard ni... dia pun ceritalah perihal area rumah kitorang masa mula-mula duduk dulu... Dia cita, masa mula-mula duduk dulu, lebih kurang 5 tahun sudah, kawasan ni keras.... Dia laki bini asyik gaduh je.... Kekadang rumah rasa lain macam panas, berbahang.... Bila di luar rumah, baik je satu family, masuk rumah, asyik gaduh-gaduh je.... Hmmmmm.... Ni cita aku :

Kitaorang pindah Bertam pada 1 July 2006. Masa hari mula-mula duduk, dah rasa macam ada serba tak kena.... terutama, bilik anak aku, sebab lantai dia ada satu spot sentiasa rasa panas macam bekas orang duduk. Mak aku kata, mungkin pasal lampu bawah buka, masalahnya, lampu tu tutup, tapi lantai tu still panas....
So, suatu malam, tiba-tiba aku dengar anak-anak jerit dari bilik diaorang.... "mama, hantu mama.... hantu... " aku pun lompat dari katil terus lari ke bilik diaorang.... aku tengok anak-anak dok diri atas katil sambil menjerit.... aku pun tanya, "pasal apa?" ... anak aku cakap, masa tidur, dia peluk kembar dia, dan tiba-tiba ada tangan lain peluk dia dari belakang.... so, menjeritlah diaorang dua beradik....
Sejak insiden malam tu, aku panggil diaorang tidur bilik aku. Malam pertama tidur, satu lagi insiden pelik berlaku. Bila aku bangun subuh, pintu bilik aku terbuka.... so, aku tak naklah berfikiran pelik, aku andaikan pintu tu tak tertutup rapat malam tu. Tapi, bila tiba hari yg kedua, sama jugak.... kami terkejut bila bangun subuh, pintu bilik terbuka lagi.... kali ini, aku mula sangsi... Jadi masuk malam ketiga, aku tutup pintu rapat-rapat... aku tarik dan honggar supaya betul-betul rapat, dan aku sendal.... aku nak pastikan yang pintu betul-betul rapat!!! Tapi bila aku bangun keesokan hari, bulu roma aku terus meremang.... Pintu bilik terbuka lagi!!! Memang ada sesuatu yang tak kena.... Sejak malam itu, pintu bilik terbuka hampir setiap pagi... berlarutan hampir seminggu... So, suatu hari aku bangun subuh, aku ambil telekung dan memberanikan diri solat di bilik anak aku sorang2.... sedang aku ambil wuduk, aku terdengan bunyi dinding di ketuk... aku buat-buat tak dengar... sedang aku takbir rakaat pertama, tiba-tiba dia hempas pintu bilik air anak aku.... terkejut aku langsung berhenti solat... aku kalih belakang sambil maki hamun suruh makhluk Allah tu jangan kacau aku... dan aku terus solat nak tunjuk yang aku tak takut....
Tak lama lepas tu, jiran aku yang isteri dia baru melahirkan anak memberitahu, yang baby dia selalu menangis malam, dan dia nak bawa pergi berubat... dan selang beberapa hari, jiran sebelah lagi pulak bagitau yang dia dah pagar rumah dia sebab ada gangguan... jadi, rumah aku yang tengah2 ni belum buat apa lagi...
Sejak umah jiran-jian aku dah dipagar, insiden buka pintu dah berhenti.... tapi kami diganggu dengan benda baru... bunyi ketuk dinding.... bila dengar betul-betul, bunyi tu datang dari bilik stor aku... memang menakutkan... kali ni aku dah tak tahan, so aku terus call mak aku... tolong carikkan "GhostBuster".... hahahaaha....
Tak lama lepas tu, mak aku datang dengan seorang ustaz. Kawan sekolah dia. Ustaz tu cakap, sini dulu ladang kelapa sawit. So, ni memang kawasan dia sebab dulu dia jaga ladang... la ni ladang dah tak de, semua dah jadik rumah... so, memang dia dok merayau-rayau kawasan ni... So, ustaz tu pun baca doa, dan paku empat penjuru rumah aku....
Alhamdulillah, lepas dipagar, dalam rumah aku dah tak de gangguan... tapi suatu hari aku bangun subuh, aku bukalah pintu depan rumah (pesan mak aku bagi rezeki masuk)... terkejut aku bila lihat satu lembaga menyerupai lelaki berdiri depan pagar rumah aku pandang tepat pada aku.... terpaku kaki aku keras depan pintu... tapi, lepas seketika lembaga tu hilang... aku pun cepat2 tutup pintu balik kejutkan suami teman aku kat bawah.... pagi tu aku telefon mak bagitau.... mak aku cakap, dia tak boleh masuk... sebab tu dia berdiri ja luar rumah...
Huuuuu... apa-apa pun, aku tak teringin nak tengok dia... aku berharap sangat dia jangan dok lalu lagi kat umah aku... walaupun sekarang dah aman, tapi ada jugak le gangguan kecil....
Biasalah kan... dah memang janji dia nak kacau anak cucu Adam.... kalau korang nak tahu cita aku lagi... tunggu, sebab sekarang ni pun bulu roma aku dah meremang.... hehehehe.... selamat malam!!!

No comments:

Post a Comment