Saturday, May 14, 2011

Apom Beras....







Hari ni pertama kali dalam hidup aku, aku cuba buat apom beras... memang teringin sangat nak buat lama dah, cuma masa tak mengizinkan... so hari ni aku berjaya buat Apom Beras kesukaan aku... Ni aku share ngan korang resepi aku....





Apom Beras



Bahan-bahan


1 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan gula (kalau nak kurang manis, kurangkan sukatan)

1/2 camca teh ragi

1 camca kecil Eno



semua bahan di atas di ayak sekali


2 cawan nasi

2 cawan air


diblender hingga hancur

Selepas di blender, campurkan bahan yang diayak dengan nasi yang telah diblender. Bahagikan kepada 3 aduan. Masukkan pewarna hijau, merah dan kuning bagi setiap adunan. Biarkan selama 3 jam.


Selepas itu kukus selama 15 minit.


Makan bersama kelapa parut yang telah digaul bersama garam...

Sedaaappppp....!!!










Rumah baru...

Semalam pergi baca Yassin rumah jiran... lepas 5 tahun dok rumah aku, barulah aku kenal salah seorang yang duduk selorong ngan aku.... hehehe... dasatkan. Inilah gara2 sibuk pi kerja, dan balik kerja je.... Mula-mula rasa macam tak nak ganggu hal orang, rupanya langsung tak berjiran ngan orang.... bukan aku je.... diaorang pun camtu gak.... so, sejak ada kempen baca Yassin tiap-tiap Jumaat di rumah jiran-jiran ni, bagus le jugak... boleh le kenal jiran-jiran....
So, aku berkenalan le dengan Fisyah.... Jiran rumah aku yang pakai Alphard ni... dia pun ceritalah perihal area rumah kitorang masa mula-mula duduk dulu... Dia cita, masa mula-mula duduk dulu, lebih kurang 5 tahun sudah, kawasan ni keras.... Dia laki bini asyik gaduh je.... Kekadang rumah rasa lain macam panas, berbahang.... Bila di luar rumah, baik je satu family, masuk rumah, asyik gaduh-gaduh je.... Hmmmmm.... Ni cita aku :

Kitaorang pindah Bertam pada 1 July 2006. Masa hari mula-mula duduk, dah rasa macam ada serba tak kena.... terutama, bilik anak aku, sebab lantai dia ada satu spot sentiasa rasa panas macam bekas orang duduk. Mak aku kata, mungkin pasal lampu bawah buka, masalahnya, lampu tu tutup, tapi lantai tu still panas....
So, suatu malam, tiba-tiba aku dengar anak-anak jerit dari bilik diaorang.... "mama, hantu mama.... hantu... " aku pun lompat dari katil terus lari ke bilik diaorang.... aku tengok anak-anak dok diri atas katil sambil menjerit.... aku pun tanya, "pasal apa?" ... anak aku cakap, masa tidur, dia peluk kembar dia, dan tiba-tiba ada tangan lain peluk dia dari belakang.... so, menjeritlah diaorang dua beradik....
Sejak insiden malam tu, aku panggil diaorang tidur bilik aku. Malam pertama tidur, satu lagi insiden pelik berlaku. Bila aku bangun subuh, pintu bilik aku terbuka.... so, aku tak naklah berfikiran pelik, aku andaikan pintu tu tak tertutup rapat malam tu. Tapi, bila tiba hari yg kedua, sama jugak.... kami terkejut bila bangun subuh, pintu bilik terbuka lagi.... kali ini, aku mula sangsi... Jadi masuk malam ketiga, aku tutup pintu rapat-rapat... aku tarik dan honggar supaya betul-betul rapat, dan aku sendal.... aku nak pastikan yang pintu betul-betul rapat!!! Tapi bila aku bangun keesokan hari, bulu roma aku terus meremang.... Pintu bilik terbuka lagi!!! Memang ada sesuatu yang tak kena.... Sejak malam itu, pintu bilik terbuka hampir setiap pagi... berlarutan hampir seminggu... So, suatu hari aku bangun subuh, aku ambil telekung dan memberanikan diri solat di bilik anak aku sorang2.... sedang aku ambil wuduk, aku terdengan bunyi dinding di ketuk... aku buat-buat tak dengar... sedang aku takbir rakaat pertama, tiba-tiba dia hempas pintu bilik air anak aku.... terkejut aku langsung berhenti solat... aku kalih belakang sambil maki hamun suruh makhluk Allah tu jangan kacau aku... dan aku terus solat nak tunjuk yang aku tak takut....
Tak lama lepas tu, jiran aku yang isteri dia baru melahirkan anak memberitahu, yang baby dia selalu menangis malam, dan dia nak bawa pergi berubat... dan selang beberapa hari, jiran sebelah lagi pulak bagitau yang dia dah pagar rumah dia sebab ada gangguan... jadi, rumah aku yang tengah2 ni belum buat apa lagi...
Sejak umah jiran-jian aku dah dipagar, insiden buka pintu dah berhenti.... tapi kami diganggu dengan benda baru... bunyi ketuk dinding.... bila dengar betul-betul, bunyi tu datang dari bilik stor aku... memang menakutkan... kali ni aku dah tak tahan, so aku terus call mak aku... tolong carikkan "GhostBuster".... hahahaaha....
Tak lama lepas tu, mak aku datang dengan seorang ustaz. Kawan sekolah dia. Ustaz tu cakap, sini dulu ladang kelapa sawit. So, ni memang kawasan dia sebab dulu dia jaga ladang... la ni ladang dah tak de, semua dah jadik rumah... so, memang dia dok merayau-rayau kawasan ni... So, ustaz tu pun baca doa, dan paku empat penjuru rumah aku....
Alhamdulillah, lepas dipagar, dalam rumah aku dah tak de gangguan... tapi suatu hari aku bangun subuh, aku bukalah pintu depan rumah (pesan mak aku bagi rezeki masuk)... terkejut aku bila lihat satu lembaga menyerupai lelaki berdiri depan pagar rumah aku pandang tepat pada aku.... terpaku kaki aku keras depan pintu... tapi, lepas seketika lembaga tu hilang... aku pun cepat2 tutup pintu balik kejutkan suami teman aku kat bawah.... pagi tu aku telefon mak bagitau.... mak aku cakap, dia tak boleh masuk... sebab tu dia berdiri ja luar rumah...
Huuuuu... apa-apa pun, aku tak teringin nak tengok dia... aku berharap sangat dia jangan dok lalu lagi kat umah aku... walaupun sekarang dah aman, tapi ada jugak le gangguan kecil....
Biasalah kan... dah memang janji dia nak kacau anak cucu Adam.... kalau korang nak tahu cita aku lagi... tunggu, sebab sekarang ni pun bulu roma aku dah meremang.... hehehehe.... selamat malam!!!

Friday, December 10, 2010

What comes around goes around

Hi, do you guys believe in this....? Some people call it "Karma". It will get back to you. If not you, your wife, or your children, or anybody that you loved.... Well, this is what happened. One fine day, I went out with a friend. He was driving in a jam area of the town. Out of sudden, a mother with children were crossing the road from the other side, and stopped in the middle because the cars from our lane are moving. She's holding her two kids left and right. And surprisingly, none of the cars from our lane would like to give her way to cross, and when my friend passed through the poor mom and kids, he just pressed the pedal harder and make her pull her kids tight to her chest. And I saw one bus came from the other side, and almost hit her with the kids and horn her to give way.... Oh my God!!!! What is happening to the good morale of Malaysians??? I straight away turned at him and asked " why can't you stop and just give way to the poor lady?" and he answered me " I'm in a rush..." I've told him that it would take less than 60 seconds to make her cross by. He just kept quiet. So I said to him " Imagine that the one crossing the road is your wife and kids? Or imagine that the one in the middle of the road is your mom? Or imagine that your kids one day they will cross the road... Will you like people doing the same thing to them?" He just silent and showed me his guilty face.
I told him that when I was flying those days, I love to go shopping in Oxford Street in London. And I am very surprised with the people's hospitality there. I got no problem crossing the road, because they always give me ways and give priority to the pedestrians. This is what we lacking of in Malaysia, and Asia country. Hospitality and moral education. What children's learning today is what they see, hear and observe from the parent. We're the example for their future. Let's set the good example today for a better tomorrow.
I just want to share one good story I've gone through in life. What good things I've learnt from around the world, I applied it to myself. I always give way and priority to pedestrians. I always feel pity to anyone crossing the roads especially with children, elderly or anyone crossing in the rain. And always put myself in their shoe, coz I've gone through that. So, one day, my hubby pick me up from work with his motorcycle. Half way to home, and when we're about to enter the highway, his tyre was flat. We have no choice, rather than to walked to find the nearest workshop, which are about 3 km away. While walking about 100 metre, there's a pick up truck stopped in front of us. It's a malay couple and their son. He offered us to put the motorcycle on the truck and give us a lift to the nearest workshop. Alhamdulillah... What a blessed. Thank you to Allah. Even though I did not manage to get the couple's name, I will always remember them for the rest of my life. I've guess that all the good things that we have done will always come back to us. IsyaAllah....

Tuesday, December 7, 2010

Awal Muharram

Hari ni, Selasa, bersamaan dengan 1 Muharram 1432. Tahun baru dalam bulan Islam.... Selalu kita berniat untuk tahun Masihi je.... Kali ni, aku nak pasang niat untuk tahun Islam. Tahun sudah, adalah tahun yang kurang baik bagi aku. Banyak benda tak menjadi. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Aku redha. Tapi untuk tahun ni, aku nak berubah. To be more relaks. Tak nak stress sangat. Banyak benda yang nak kejar. Dunia dan akhirat. Banyak benda yang nak buat jugak. Aku nak settle satu per satu. Kena belajar sabar. Sabar itu separuh daripada iman. Aku tak nak buat keputusan yang salah. Yang penting, aku kena habiskan belajar aku dulu. Dan cuba sedaya upaya untuk dapatkan pointer 3 and above. Apa yang aku belajar, ilmu adalah penting. Tanpa ilmu, orang lain senang nak perlekeh kita. So, we have to arm ourself with knowledge. Bagi aku, ilmu dunia, dan ilmu akhirat, biar seimbang. Dan bukan senang hendak mengimbangi keduanya. Kena banyak sabar, solat dan sentiasa dekatkan diri pada Allah SWT. InsyaAllah. Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik buat aku. Aku redha di atas setiap kegagalan tahun sudah. Tetapi, hidup bukan untuk pandang ke belakang. What ever happen, happened. Biar all the bad experienced be a benchmark in my life. Dalam hidup, kalau tak buat silap, kita tak belajar. Kadang2 kita silap mentafsir orang. So, untuk tahun ini, aku akan kurangkan mempercayai banyak manusia, terutama yang dalam satu company. Sebab manusia ni semua, banyak yang buat kerja due to personal interest.... sampaikan sanggup boh pasir dalam periuk nasi orang. So, kenalah identify.... mana kawan, mana lawan....
Walau apa pun, aku doakan kebahagiaan buat semua. Rezeki di tangan Allah SWT. Kalau panjang jodoh aku dengan company sekarang, panjanglah.... kalau jodoh aku lebih baik dengan company lain, semoga Allah SWT murahkanlah rezeki aku. Tirai tahun ini aku tutup dengan rasa gembira. Aku buka tirai baru. Semoga tahun yang mendatang akan lebih baik. Lebih murah rezeki dan lebih tenang. Amin....

Thursday, December 2, 2010

Cerita seram malam Jumaat

Cerita ni aku dengar lama dulu le.... Cerita kat Balik Pulau... Al-kisah kawan aku yg mak dia suka sangat bersihkan dapur time memalam buta ni....
Adalah satu malam tu.... lepas makan malam, anak-anak dah tidur, mak member aku ni mula lah sibuk mencuci pinggan mangkuk yg dalam sink tu.... lepas sibuk2 cuci, korang tau lah umah kampung, tingkap style daun tu... yg ada jaring2 tu.... mak dia bukak la.... pasal panas...
tiba-tiba ja, angin sejuk terus masuk kot tingkap.... mak dia tak le kisah sangat... syok layan angin sejuk ni... sedang asyik cuci, tetiba je mak dia terdengar suara panggil dia, "Kak...." mak dia pun kalih la.... tak nampak sapa pun... mak dia terus sambung cuci pinggan balik, tapi tak lama lepas tu, dia dengar lagi.... "Kak...." kali ni mak dia rasa lain macam.... mak dia kalih sekali lagi..... suram.... memang tak dak orang pun.... tapi lepas mak dia pandang depan balik, ada le satu wajah kat tingkap tu.... kepala je, badan tak de... pucat lak tu "Kak.... minta air kak".... apa lagi, terkejut le mak dia.... pengsan terus kat dapur tu.... sok pagi tengok mak dia tidur kat dapur.... diaorg pun gerak le.... mak dia pun bangun dan cerita kat kawan aku apa yang jadi semalam.... sejak kes tu, kawan aku cakap. pukul 10 je, semua dah tidur..... dapur ditutup... apa lagi? tidolah.....

Wednesday, December 1, 2010

Life's Achievement

Have you ever thought of what you have achieved in your life? From the day you were born, till today who you are.... it's all about what you have achieved. Without achievement, there is no you, no me, no us...
Life started form the day you've won the battle... won the race .... the day you struggle inside the womb to come out and see the world... the day you've started walking... till the day of who you are today...
We never give up... without realising it, we had achieved of so many things in life....
Life is full of colurs. Paint it with your favourite colours. Name it red, yellow or green, when you combine, it will become a beautiful portrait, and the more you look at it, the more it will stick to your mind... and will become a memory to remember.
Talking about achievements, Alhamdulillah, thank you to Allah for what I've achieved in life. But my goal is still far ahead. Even though life was not that easy for me, but Allah has granted my wish and lead my way, to a beautiful life. Before I take my next step, to achieve my next achievement, I pause and turn back, looking at my achievement before. And I'm grateful for it. I look forward and I'm ready....
~Anyone Who Has Never Made A Mistake, Has Never Tried Anything New~Albert Einstein~

Saturday, November 27, 2010

Dalca Tulang Rusuk

Menu hari ni special sikit. Sebab mak ada kat umah. So kita masak Dalca Rusuk. Di bawah adalah bahan-bahannya :

Bahan A
Daging Rusuk Lembu
Kacang Dal - direndam semalaman
Rempah Kari Daging
Asam gelugor
Terung
Carrot
Ubi Kentang
Tomato
Santan pekat
Garam, gula dan perasa

Bahan B
Bawang Besar- dihiris
Bawang kecil - dihiris
Bawang putih - dihiris
Halia 1 inci - dihiris
Bunga lawang
Kayu Manis
Buah Pelaga
Bunga Cengkih
Daun kari


Cara memasak :

Rebus daging rusuk hingga empuk. Masukkan kacang dal, asam gelugor dan serbuk kari. Rebus sehingga kacang dal hancur dan daging betul-betul empuk. Masukkan ubi kentang dan carrot. Bila kuah dah pekat sedikit, masukkan terung dan santan. Masukkan garam, gula dan perasa. Buka api besar dan biarkan mendidih selama 5 minit. Masukkan tomato.
Sementara kuah mendidih, semua Bahan B akan di tumis darat (tumis asing).
Tumis sehingga semua bahan wangi, dan masukkan ke dalam kuah yang sedang mendidih. Kacau dan tutup api.
Dalca anda siap dimakan. Selamat menjamu selera.