Saturday, May 14, 2011

Apom Beras....







Hari ni pertama kali dalam hidup aku, aku cuba buat apom beras... memang teringin sangat nak buat lama dah, cuma masa tak mengizinkan... so hari ni aku berjaya buat Apom Beras kesukaan aku... Ni aku share ngan korang resepi aku....





Apom Beras



Bahan-bahan


1 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan gula (kalau nak kurang manis, kurangkan sukatan)

1/2 camca teh ragi

1 camca kecil Eno



semua bahan di atas di ayak sekali


2 cawan nasi

2 cawan air


diblender hingga hancur

Selepas di blender, campurkan bahan yang diayak dengan nasi yang telah diblender. Bahagikan kepada 3 aduan. Masukkan pewarna hijau, merah dan kuning bagi setiap adunan. Biarkan selama 3 jam.


Selepas itu kukus selama 15 minit.


Makan bersama kelapa parut yang telah digaul bersama garam...

Sedaaappppp....!!!










No comments:

Post a Comment